Sunday, December 6, 2009

Menyambut Maulidur Rasul

Setiap tahun majlis sambutan Maulidur Rasul disambut dengan meriah dari setiap lapisan masyarakat, bahkan di seluruh dunia menyambut dengan pelbagai cara, di sini tidak perlu digambarkan bagaimana mereka menyambutnya tetapi yang pentingnya kita lakukan dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, tetapi apakah perlu kita mengingatinya pada 12 Rabiul awal sahaja ? bahkan tidak ! tapi setiap masa dan tempat hingga kiamat ! Apa kata pula, di zaman nabi sendiri tak ada majlis sambutan ini ! Ini satu bidaah !.. sesat dan karut !.. mengada-adakan sesuatu yang baru !.. mana dalilnya !

Jahil dan kurangnya ilmu
Kita sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran, janganlah mudah melatah atau perasan bahawa kita sahaja yang berilmu, orang lain belajar tak habis atau tak faham. Perlu diingat bahawa seseorang itu perlu amanah dengan ilmu atau tawaduk dengan ilmu, apabila sesuatu perkara timbul dalam masyarakat, kita kena selidiki terlebih dahulu, betul ataupun tidak ! Dalam masalah ini sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w :

" من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
" وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة

Mereka yang
menentang perkara ini telah mengambil perkataan kul dalam hadis di atas dengan makna terlalu umum tanpa pengecualian, iaitu sesat. Ini mengakibatkan telah menolak mentah-mentah apa yang telah dilakukan oleh ulama terdahulu bahkan kepada Saidina Umar r.a sendiri ! Kerana terlalu banyak perkara yang baru dalam urusan-urusan kehidupan kita sekarang ! Para sahabat, tabien dan mereka seterusnya ada melakukan perkara yang tidak ada pada zaman Rasulullah sendiri, dalam kaedah fiqh semua perkara yang tidak menyalahi syarak dibolehkan.

Dalil-dalil perkara baru yang telah dilakukan oleh sahabat ialah masalah pengumpulan dan pembukuan Al Quran, perkara ini telah berlaku pada zaman khalifah Abu Bakar Assidiq, yangmana saranan daripada Saidina Umar r.a supaya Al Quran dibukukan ini disebabkan ramainya para huffaz telah syahid di medan pertempuran. Sahabat yang bertanggungjawab mengumpul dan menulis Al Quran ialah Saidina Zaid bin Tsabit, beliau seraya berkata:

فوالله لو كلفوني نقل جبل من الجبال ما كان أثقل عليّ مما كلفني به من جمع القرآن
" Demi Allah ! Kalau dipertanggungjawabkan kepadaku tugas memindah sebuah bukit dari semua bukit yang ada nescaya itu tidak menjadi beban kepadaku daripada apa yang ditugaskan untuk mengumpul Al Quran !! "
Saidina Zaid mengatakan urusan ini terlalu berat dan sukar kalaulah urusan memindah bukit dan gunung mungkin itu senang saja !

Dalam masalah lain Saidina Umar r.a telah memindah sedikit Maqam Ibrahim yangmana dahulunya berada ( melekat ) di kaabah. Ibnu Hajar mengatakan ianya tidak ditentang oleh para sahabat lain juga orang-orang selepasnya, maka ianya menjadi persepakatan ulamak (ijmak).

Masalah penambahan azan pada hari jumaat, ianya di lakukan oleh Saidina Otsman r.a ( rujuk: Sahih Al Bukhari).
Bagi mereka yang menyibukkan diri dalam masalah ini ( mengkritik sambutan maulid nabi ) sedarlah ! banyak lagi masa untuk disibukkan oleh kamu, perkara maksiat di negara kita berlambak bahkan dipuja dan dihadiahkan !! nah.... itu lebih utama bagi kamu untuk dikritik dan dibenteras ..
Bagi kita yang ingin melakukan majlis maulid lakukanlah dengan rasa kasih sayang kepada Rasulullah, ingatan tulus ikhlas dengan mengenangkan jasa-jasa; kasih sayang baginda kepada umatnya tiada tolok bandingan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w