Saturday, November 21, 2009

KEBENARAN AGAMA

Kejadian manusia sangat menakjubkan bermula dari peristiwa kejadian bapa segala manusia Nabi Allah Adam a.s dengan tanpa ibu dan bapa serta detik-detik kelahiranya ! Juga kelahiran Nabi Isa a.s tanpa bapa, kekuasaan Allah kita lihat dan mengkaji kejadian makhluk-makhluk lain samada dilihat dengan mata kasar atau tidak, untuk apa itu semua ? Tidak lain dan tidak bukan demi mencari kebenaran dan logik.
Islam menggalakkan umatnya untuk belajar,membaca, berfikir, mengkaji dan beramal dengan ilmu. Dalam diri manusia dikurniakan dua suara, satunya menyatakan yang positif dan satu lagi menyatakan yang bersifat negatif, manusia perlu memilih satu antara dua suara itu, jikalau ia memilih yang kedua kita dapat lihat manusia yang pemalas, mencuri, berzina, suka hasad dengki dan sebagainya, maka Islam telah mengajar dan mengariskan kepada manusia cara-cara hidup di dunia ini dengan sebuah kitab yang dinamakan mashaf iaitu al Quran ( ia dijaga sampai qiamat dari sebarang perubahan).
Lihatlah semenjak zaman Nabi Adam a.s dan nabi-nabi yang seterusnya mereka membawa agama tauhid dan syariat masing-masing ianya tak ubah seperti jilid-jilid buku dengan judul "Tuhan yang Maha Esa" dan jilid yang terakhir ialah zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagai penyudah membawa risalah langit untuk sekelian manusia dan jin. Ya Allah ! tersangat besar urusan-urusan ini.
Kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan penelitian dan hujah-hujah di antara agama-agama yang terdapat di dunia samada agama samawi mahupun wasani semuanya telah dikaji selidik oleh bijak pandai agama, ternyata agama Islam adalah agama yang paling sempurna dan sesuai diamalkan oleh semua bangsa manusia dan jin. Bagi mereka yang bukan Islam perlulah mengkaji agama Islam itu tanpa ada prasangka, kajilah dengan tujuan mencari kebenaran nescaya anda akan menemui apa yang anda tak pernah terlintas di kotak fikiran anda ! Apakan tidak, kitab al Quran tanpa penulis, para anbia' mereka membawa agama yang sama, walaupun syariat berbeza, Islam mengutamakan niat, semua 25 orang nabi wajib dipercayai, percaya kepada perkara ghaib dan banyak lagi.
Seorang ahli falsafah Keisro berkata: " The Islamic religion is unique among all religions in challenging those who believe in anything without proof. It also challenges those who follow their doubts. It is the religion which seeks proof for the beliefs and works with the mind fully. Happiness comes from using one s own mind. Islam has nothing which could be rejected by the mind. Therefore Islam deals with the mind and all of its concepts fit exactly with the mind.
Ramai lagi orang bukan Islam yang mengkaji mengenai agama Islam terutamanya golongan orientalis dan sebahagianya telah memeluk agama Islam lantaran kajian mereka sendiri.
Sebenar dalam hati nurani setiap manusia ada mempercayai bahawa adanya tuhan, tetapi bagaimana pula dengan pengasas ideologi komunis itu ! ia seorang yahudi bagaimana ini berlaku? apakah niatnya? adakah ia menipu dirinya sendiri? atau memperbodohkah manusia yang tidak mahu menggunakan kebijaksanaan akalnya? atau ...
Kita sebagai khalifah di muka bumi ini berfikirlah dengan waras dengan berlandaskan al Quran, Sunnah, Ijmak dan qias nescaya kita tidak akan sesat dan diperbodohkan oleh syaitan manusia dan jin.

Monday, November 16, 2009

KEDUDUKAN ILMU DAN ULAMAK

Kepentingan ilmu dan peranan ulamak adalah pasangan yang tidak dapat dipisahkan sampai hari qiamat, jelas bukan!

Terdapat banyak ayat-ayat al Quran dan al Hadis membicarakan tentang ilmu dan ulamak, kelebihan ilmu dan kedudukan ulamak di sisi Allah taala.

Perhatikan beberapa hadis berikut:



يقول صلى الله عليه وسلم

" من يرد الله به خيراً, يفقهه في الدين



ويقول

"... من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهل الله به طريقا الى الجنة"


وقال الحسن

" لولا العلماء لصار الناس مثل البهائم


.... dan banyak lagi hadis-hadis dan pandangan serta pendapat para ulamak, bahawa kedudukan orang berilmu tidak akan sama taraf dengan orang yang tidak berilmu ( cetek ilmu agama dan dunia ) buat selama-lamanya ! Kita sebagai khalifah di muka bumi ini sudah pasti memerlukan sebarang ilmu untuk sampai ke destinasi yang hakiki, ramai di kalangan kita masih tidak faham kehidupan di muka bumi ini, mungkin faham bagaimana cara untuk makan minum , beranak pinak dan sebagainya .

sedih sekali, ada di kalangan kita tidak tahu membaca kitab suci al Quran, membaca tulisan jawi jauh sekali, keinginan untuk mendalami ilmu agama tenggelam dengan kesibukan kerja dan kemewahan, masa dan kelapangan hanya ada pada jam dan kelendar di dinding saja.

Kepada kita semua, sepatutnya nasihat dan pandangan dari mereka yang bergelar ulamak perlu diambil perhatian janganlah terus kritik atau memandang dengan pandangan seribu erti. Lantaran kita bergelar 'Dr.' atau sebagainya, cuba kita lihat pada diri kita berapa ramaikah kita belajar atau bertemu mata dengan golongan ulamak ? saya teringat sebuah hadis dengan maksudnya sesiapa yang bersalam dengan orang yang pernah bersalam denganku maka sesungguhnya dia telah bersalam denganku ! semasa saya belajar di timur tengah saya lihat para ulamak sangat dihormati, bahkan Syeikh Dr. Na ina' telah dihadiahkan kereta Mercedez dan wang yang banyak setelah selesai majlis tilawah al Quran.

Ingatlah! tanpa mereka nescaya manusia bagaikan binatang sifatnya !
" لولا العلماء لصار الناس مثل البهائم"

Seorang syeikh pernah berkata: orang awam bagaikan lalat, ulamak bagaikan lebah ! fikir-fikirkanlah.

ngail pari


jenis ikan : pari pasir
berat: 10kg
jorang : lemax
kekili : dam
tali : sufix 20lb
lokasi: pantai geting

BATU MAGHRIBI

Dalam sebuah kitab berbahasa arab " ajaibul makhluqat wa gharaibul maujudat" ada menceritakan tentang sejenis batu, ianya hanya terdapat di negara Moroko sahaja. Batu ini diperolehi oleh 2 jin yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. Peristiwa ini berlaku ekoran daripada proses pembangunan yang pesat pada zaman itu, seperti membina bangunan-bangunan tinggi, bunyi bising telah menganggu ketenteraman penduduk yang tinggal berhampiran bandar, lantas mereka mengadu kepada Nabi Allah Sulaiman a.s , maka Nabi Allah Sulaiman a.s memerintahkan kepada 2 jin yang sanggup menyelesaikan masalah itu. Mereka pergi ke negeri Moroko dan mencari sarang burung rajawali iaitu satu spesis burung helang gergasi. apabila menemui sarang burung itu lantas mereka mengambil sebiji kawah besar lalu menelengkupkan sarang burung yang mengandungi 2 ekor anak burung yang baru menetas dan terus bersembunyi, apabila ibu burung melihat sarangnya telah ditelengkup dengan kawah besar lalu burung itu mencari sejenis batu yang terdapat di kawasan itu, apabila memperolehi batu itudengan segera ia dilepaskan dari udara dan kawah terbelah dua, dengan sepantas kilat jin tadi terus mengambil batu itu dan dipersembahkan kepada Nabi Allah Sulaiman a.s untuk digunakan dalam membina bangunan. Maka bunyi bising ketika memotong batu dan besi tidak kedengaran lagi.