Friday, July 30, 2010

CAHAYA ILMU

Semakin hari kita semakin tua dan lemah.., arah tuju sampai kepada Allah rabbul jalil, membawa bekalan dari dunia yang fana,bekalan amal yang ikhlas sahaja yang dibawa..maka tidak rugi orang yang menuntut ilmu kerana mahu beramal dengannya dan mencari kebesaran Allah SWT, hidup susah atau senang tidak menjadi halangan kepadanya yang pasti ia dapat menghadapNya dengan penuh ketenangan dan kenyakinan.Ilmu yang dipelajari dapat diringkaskan menjadi " harapan dan takut ",maka sikap rendah diri menjadi perhiasan diri dan teladan kepada orang lain.. maka patutlah kita renungi kata-kata hikmah ini..

"Seluruh belahan dunia ini (terselubungi) kegelapan, kecuali majlis para ulama."
"Bila ilmu mempunyai rupa, maka rupanya lebih indah daripada matahari, bulan, bintang dan langit."
"Carilah ilmu apa pun yang kamu inginkan selama ilmu itu untuk diamalkan. Demi Allah, Allah tidak akan memberi pahala sampai kamu beramal soleh."
[Hasan Al-Basri r.a.

Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu feqah danjuga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu feqah, maka bagaimana boleh dia menjadi baik?-[Imam Syafi'e]


Orang yang berilmu dan beramal berbeza tingkah lakunya dengan orang yang berilmu tapi tidak beramal..beramal bermaksud mempraktikkan ilmu itu secara zahir dan batin, sebagai contoh, seseorang telah berasa bangga dengan ilmunya serta mendapat sanjungan hebat dari orang ramai,lantas ia terus beristighfar dengan penuh penyesalan dan akan berhati-hati di masa akan datang, manakala zahirnya meletakkan sifat-sifat yang ada pada tempatnya, seperti malas,rajin, marah ,sabar dan lain-lain.

semoga kita dapat memahami konsep ilmu yang sebenar, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk sampai kepada Allah SWT dengan hati dan jiwa yang tenang.

" tauhid untuk iman, feqah untuk ibadat,tasawuf untuk akhlak"