Pages

    Monday, January 23, 2012

    KUNCI SYURGA


    Selepas berguru dengan Imam Ahmad bin Hambal, Abu Yazid al Bustamin pulang ke Bustam. Pada suatu malam Abu Yazid telah bermimpi didatangi seorang lelaki yang menyuruhnya pergi ke gereja Sama’an , mimpi itu berlaku sebanyak tiga kali, lantas Abu Yazid pergi ke gereja tersebut pada keesokkan harinya.
    Kedatangan yang tidak dijemput itu tidak disedari oleh paderi-paderi disebabkan Abu Yazid memakai pakaian seperti mereka, kebetulan majlis menyambut ketua paderi berlangsung pada hari itu juga, Abu Yazid turut mendengar ucapan ketua paderi, tiba-tiba tuturan ketua paderi terganggu dan tersekat, semua paderi berasa hairan, maka para hadirin mula riuh rendah, lantas ketua paderi meninggikan suara , “ bahawa di sini terdapat seorang umat Muhammad, cari dengan segera..!” Akhirnya mereka berjaya mengesan Abu Yazid lalu menangkapnya. Ada di kalangan paderi memberi cadangan supaya Abu Yazid al Bustamin dibunuh, tetapi ketua paderi mempunyai idea lain, iaitu mengajukan 50 soalan , sekiranya Abu Yazid memberi jawapan salah alamatnya nyawa melayang.

    Abu Yazid al Bustamin menyahut cabaran tersebut, lalu ketua paderi menyoal :
    1- Yang satu tidak ada duanya ? = Allah yang maha esa. Dia tuhan yang tunggal dan tiada sekutu baginya.
    2- Yang dua tidak ada tiganya ? = malam dan siang silih berganti.
    3- Yang tiga tidak ada empatnya ? = Kursi Allah, Kalam Allah dan Aras Allah.
    4- Yang empat tiada limanya ? = Taurat, Zabur, Injil dan Quran.
    5- Yang lima tiada enamnya ? = Sembahyang lima waktu, iaitu zohor, asar, mahgrib, isyak dan subuh.
    6- Yang enam tiada tujuhnya ? = Hari Allah menjadikan langit dan bumi, ianya termaktub di dalam semua kitab suci.
    7- Yang tujuh tiada lapannya ? = Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi ianya disebut di dalam semua kitab suci.
    8- Yang lapan tiada sembilannya? = lapan malaikat yang memikul aras Allah.
    9- Yang Sembilan tiada sepuluh ? = Sembilan golongan manusia yang menjadi perosak di atas muka bumi dan tidak pernah melakukan kebaikkan sebagaimana disebut dalam kitab suci.
    10- Sepuluh yang sempurna ? = kewajipan berpuasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana disebut di dalam al Quran, tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah pulang.
    11- Yang sebelas ? = Adik beradik nabi Yusof
    12- Yang tetap dua belas dan tidak akan berubah ? = Bilangan bulan dalam setahun.
    13- Yang tiga belas ? = Mimpi nabi Yusof seperti disebut dalam al Quran: sebelas bintang, matahari dan bulan, jumlahnya tiga belas.
    14- Orang yang berdusta tetapi dapat masuk syurga ? = adik beradik nabi Yusof.
    15- Orang yang benar tetapi masuk neraka ? = mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani ( Kristian ) yangmana mereka saling mengatakan antara mereka tidak benar, kedua-duanya adalah benar pada tuduhan mereka. Namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka, iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai agama yang sebenarnya.
    16- Tempat roh dalam tubuh manusia ? = Hanya Allah yang mengetahui.
    17- Apakah al Zariyatu zarwa ? = nama empat jenis angin.
    18- Al Hamilati waqra ? = awan di langit.
    19- Al Jariyati yusra? = kapal-kapal belayar di lautan.
    20- Al Muqassimati amra ? = para malaikat yang membahagikan rezeki kepada manusia pada malam nisfu sya’ban.
    21- Yang empat belas ? = tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.
    22- Kubur yang berjalan dengan penghuninya ? = ikan besar ( ikan Nun, ada pendapat mengatakan ikan paus) yang menelan Nabi Yunus, lalu memuntahkannya di tepi pantai.
    23- Yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ?= waktu subuh.
    24- Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ? =air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol, iaitu air peluh kuda.
    25- Empat yang bukan lahir daripada golongan manusia, haiwan, malaikat dan bukan dari benih lelaki dan perempuan ? = kibas yang dibawa malaikat Jibril sebagai korban Nabi Ismail, unta Nabi Soleh yang telah disembelih kaumnya dan Nabi Adam dan Siti Hawa.
    26- Satu ciptaan Allah, diumpama sebagai suatu yang buruk ? = suara keldai.
    27- Darah yang mula-mula tumpah ke bumi ? = darah Habil .
    28- Suatu ciptaan Allah, lalu diangkat sebagai suatu yang berat ? = helah kaum wanita .
    29- Pada mulanya sebatang kayu kemudian roh yang boleh bergerak ? = tongkat Nabi Musa yang menjadi ular.
    30- Wanita yang paling utama ? =Siti Hawa, Siti Khadijah, Aisyah, Asiah ( isteri Firaun) dan Maryam binti Imran.
    31- Gunung yang paling utama ? = Gunung Tursina.
    32- Binatang yang paling utama ? = kuda.
    33- Bulan yang paling utama ? =bulan Ramadhan
    34- Malam yang paling utama ? = malam lailatur Qadar.
    35- Apakah yang dimaksudkan dengan Atta’mah ? = Hari Qiamat.
    36- Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada 5 kuntum bunga, 2 bunga ada di tepi kegelapan ? = Pohon itu ialah ‘ Tahun ‘ yang ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari, 5 ialah ialah waktu solat, 2 bunga di matahari iaitu solat zohor dan asar manakala 3 bunga lagi ialah solat malam iaitu maghrib, isyak dan subuh.
    37- Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, Mekah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji, ? = Bahtera Nabi Nuh.
    38- Empat jenis air yang lain rasanya tetapi sumbernya satu ? = Air mata, air telinga, air hidung dan air liur. Air mata rasanya masin, air telinga pahit, air hidung masin payau dan air liur tawar.
    39- Apakah nakir, fatil dan kitmir ? = nakir: titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil : titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir : kulit yang membaluti benih.
    40- Apakah yang dimaksudkan labad dan sabit ? = kambing kasi dan bulu kambing biri-biri.
    41- Apakah sam dan ram ? = Makhluk yang wujud sebelum Nabi Adam Alaihissalam.
    42- Maksud bunyi keldai “ makwak “ ? = tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata “ Allah melaknatnya”.
    43- Maksud anjing menyalak ? = “ Awas ! Celaka bagi para penghuni neraka dari kemurkaan Allah “.
    44- Maksud jeritan kuda ? = “ Maha Suci Allah yang memeliharaku ketika tentera menyerang musuh dengan penuh semangat “.
    45- Maksud jeritan unta ? = “ Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku”.
    46- Apakah maksud bunyi kicauan burung bulbul? “ Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang “.
    47- Maksud bunyi katak ? = “ Maha suci Tuhan yang disembah di mana-mana saja, samada tempat berpenghuni atau tidak?.
    48- Maksud kicauan burung nakus ? = “ Maha Suci Allah ! Wahai anak Adam ! Lihatlah di barat dan di timur, adakah ada makhluk yang menongkat langit ?
    49- Kaum yang diutus daripada makhluk Allah kepadanya, tetapi bukan dari kalangan jin dan manusia dan malaikat ? = Lebah.
    50- Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam ? = kedua-duanya berada dalam ilmu Allah Taala yang amat rahsia.

    Setelah semua soalan yang diajukan kepada Abu Yazid berjaya menjawab dengan tepat, ketua paderi itu menanyakan dari manakah ia mendapat jawapan dengan kehairanan, Abu Yazid memberitahu bahawa seorang lelaki tua memberi jawapan dalam mimpinya. Ketua paderi membenarkan Abu Yazid dibebaskan, tetapi sebelum pulang Abu Yazid ingin menanyakan satu soalan saja kepada ketua paderi, lantas ketua paderi menyahut cabaran itu, walaupun satu soalan; “ Beritahu saya apakah kunci syurga dan kunci neraka ? “ Ketua paderi terdiam, begitu juga paderi-paderi yang lain, beliau kelihatan serba salah, melihat keadaan yang seolah-olah tidak menyebelahi mereka lalu salah seorang berkata: “ Kamu telah menyoalnya dengan 50 soalan dan dijawabnya dengan tepat.. apakah kamu tidak boleh menjawab hanya satu soalan saja ?. Ketua paderi itu menjelaskan bahawa dia sebenarnya tahu jawapannya tetapi dia berasa takut bahawa jawapan itu tidak diterima oleh semua paderi, tetapi para paderi memaksanya menjawab dan sanggup menerima apa yang berlaku. Jawapan bagi kunci syurga dan neraka itu adalah : لا اله الا الله محمد رسول الله
    Abu Yazid mengiakan jawapan itu dan menegaskan bahawa itu jawapan yang sebenar-benarnya, ianya juga disokong oleh ketua paderi sendiri serta membuka rahsia, sebenarnya jawapan itu telah diberitahu oleh ketua-ketua paderi sebelumnya ketika mereka hampir menemui ajal, mereka juga bersumpah itulah jawapan yang sebenarnya dan itulah yang sebenar-benarnya perlu diikuti.

    Tuesday, August 17, 2010

    Politik dan Negara kita

    Sejarah Kesultanan Melayu di nusantara boleh kita dapati di kedai-kedai buku dengan harga yang berpatutan, ada yang tebal dan ada yang nipis, boleh di baca tanpa halangan undang-undang dan sebagainya. Tapi sayang orang Melayu kurang membaca bahan-bahan ilmiah berbanding bahan hiburan, sukan dan politik, Cuma di sekolah dan universiti sahaja ianya laris terutamanya di perpustakaan sebagai bahan rujukan. Tahap kesedaran terhadap bahan bacaan yang berbentuk ilmiah amatlah rendah, sebab itulah aura cinta negara mudah pudar, mungkin pada hari tertentu sahaja seperti Hari Kebangsaan pada 31 ogos, disambut bersama program-program atau rancangan tv.

    Politik negara kita masih lagi di tahap sederhana, kesedaran sivik berpolitik, pendekatan parti politik terhadap penyokong dan lawan, menerangkan dasar-dasar parti kepada rakyat dan ketulusan menjalankan amanah rakyat. Suasana berkempen dan selepas mengundi pula begitu teruk, seolah-olah bertanding dengan satu bangsa lain ( alien ) ianya berlarutan tanpa penghujung, yang teruk ialah bangsa Melayu bertelagah sampai mati, rakyat bermasam muka sesame saudara sendiri, bahkan ada yang menghukum haram sembelihan orang dari parti lawan dan berbagai-bagai kerenah lain yang mengharu birukan keadaan.

    Kalau kita selidiki sejarah negara, dari kesultanan Melayu hinggalah proses mencapai kemerdekaan, maka banyak pengajaran yang boleh kita pelajari demi mencapai kemajuan negara dan membina modal insan yang diharapkan. Antara pengajaran tersebut:

    Pertama, sikap bangsa Melayu yang sangat menghormati dan menyanjungi bangsa lain, sebagai contoh, di perkampungan majoriti Melayu terdapat beberapa keluarga bangsa Cina atau India, orang Melayu dan Cina atau India dapat hidup aman damai dan saling bantu membantu tetapi jika sebaliknya … sikap ini patut dibanggakan oleh kita.

    Kedua, sikap mudah bertelagah dan hasad dengki sesama sendiri berbanding orang lain, terutamanya dalam masalah pengaruh, harta kekayaan dan pemerintahan, dalam sejarah pemerintahan sultan-sultan Melayu ada yang sanggup membantu musuh atau bangsa penjajah menjatuhkan kerajaan dari saudaranya sendiri atau rakyatnya yang setia. Di sinilah antara punca kita sangat mudah dijajah oleh mereka yang datang ke tanah Melayu dengan hanya beberapa buah kapal sahaja. Dengan kata lain perpaduan bangsa Melayu amat rapuh, kerapuhan itu terlihat sehingga sekarang. Wawasan orang Melayu masih lagi dalam sebulan dua bukan sepuluh tahun kehadapan, sesebuah negara maju dan kuat adalah sebuah negara yang mempunyai pemimpin dan rakyat berwawasan jauh dalam semua aspek, kita sebagai orang Melayu telah terbukti pernah mempunyai wawasan jauh dan efektif, sebagaimana berlaku dalam sejarah Melaka dan Kelantan dan juga negeri-negeri lain.





    Di Melaka terkenal dengan perdagangan peringkat antarabangsa, menurut dalam sejarah asal usul nama negeri Melaka selain nama pokok, ada lagi pendapat mengatakan nama negeri Melaka adalah berasal dari perkataan arab “malqa’ “ bermaksud tempat bertemu, iaitu pertemuan para pedagang asing dengan pedagang tempatan, inilah zaman kegemilangan tanah Melayu selain Kelantan sebuah negeri yang terkenal dengan pusat pengajian ilmu agama dan persilatan, ada pendapat mengatakan Hang Tuah datang berguru dengan Adiputra di Bukit Panau, Tanah Merah.





    Sejarah masjid Kg Laut boleh juga diambil iktibar, yangmana ia dibina oleh dua orang sunan iaitu Sunan Kalijaga dan sahabatnya datang ke Kelantan untuk berdakwah dan mencurahkan ilmu agama. Lantaran banyak sumbangan dari aspek keilmuan agama, negeri Kelantan terkenal dengan negeri Serambi Mekah.

    Untuk kita renungi bersama, sebagai bangsa yang pernah dijajah selama lebih kurang 500 tahun, sepatutnya kita sedar dan insaf tentang kelemahan kita menjaga kedaulatan negara dan maruah bangsa supaya kemerdekaan yang kita perolehi tidak dicemari oleh unsur-unsur penjajahan ataupun sistem kolonial, walaupun ada suara-suara sumbang penuh kedengkian menafikan kemerdekaan sebenar negara kita, biarlah … yang penting kita sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam terus memerintah negara yang dahulunya Tanah Melayu dengan tatacara kita dan agama Islam, terus terbela atas landasan undang-undang Islam bukannya undang-undang ciptaan manusia barat bangsa penjajah, juga memerintah dan berpolitik mengikut apa yang telah diteladani dan ditunjukkan oleh PEMIMPIN AGUNG UMAT AKHIR ZAMAN nabi Muhammad saw,iaitu sistem khalifah dengan pemilihan pemimpin berdasarkan syura; mereka yang mempunyai ilmu agama dan kemampuan berpolitik serta bersifat tawaduk, pastinya keberkatan dan kekuatan ada pada kita, bangsa lain di negara kita menumpang tuah, hidup aman damai kerana Islam sangat mengambil berat tentang mereka ( kafir zimmi) yang tinggal di negara Islam. Bersatu padulah kita… bersatu politiklah kita “ bersatu teguh bercerai roboh”.

    Monday, August 9, 2010

    PUASA MENYIHATKAN


    Sebagaimana yang kita telah ketahui bahawa puasa adalah satu ibadat wajib bagi mereka yang tiada keuzuran syarie dan cukup syarat melaksanakannya. Selain puasa bulan ramadhan puasa sunat lain juga ada kelebihannya, di sini secara umumnya bahawa puasa itu memberi kesan positif yang cukup jelas iaitu menyihatkan badan.

    Melaksanakan ibadat puasa menyihatkan badan melalui proses detoksifikasi, kerana apabila seseorang menahan makan dan minum pada siang hari, semua usus penting akan berehat daripada “bekerja “ yang mana sebelum itu bekerja tanpa henti siang dan malam. Proses detoksifikasi ini mencuci dan membersihkan badan daripada racun ( toksin ). Di samping itu ia dapat merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan proses ini membantu pembersihan dan pembaikan dalam tubuh kita.

    Mengikut sejarah amalan puasa telahpun diamalkan oleh generasi-generasi terdahulu samada mereka itu pengikut para nabi atau tidak, seperti Hippocrates, Paracelsus dan Galen telah mengamalkannya dan juga dalam rawatan untuk pesakit mereka. Mengikut pendapat pengarang buku “ Alexander Adalah Zulqarnain” Muhammad Alexander bahawa Socrates adalah sebenarnya Luqman Al Hakim, di sini sudah pasti benar, kerana mengikut sejarah Socrates, Plato dan Pythagores sering kali berpuasa. Berdasarkan kajian-kajian serta testimoni pesakit, penyakit asma, sakit sendi, sakit usus, susah tidur, penyakit kulit dan lain-lain dapat disembuhkan dengan berpuasa.

    Satu kajian telah dibuat di Universiti Utah membuktikan golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan telah merendahkan risiko sakit jantung, hasil kajian ini telah dilaporkan dalam artikel “ Fasting? It’s Good For The Heart”. Sila rujuk www.earthtimes.org .

    Ujian-ujian lain yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan menunjukkan bahawa amalan berpuasa dapat menurunkan paras gula dalam darah tanpa mengganggu kesihatan atau kemudaratan lain, sebagai contoh, kadar kolesterol lipoprotein ( LDL ) menurun sebaliknya kolesterol lipoprotein (HDL) meningkat dan paras lemak di dalam darah juga menurun.

    Rasulullah juga bersabda “ "صوموا تصحوا ertinya : berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat. Oleh itu bagi mereka yang ingkar dan malas dengan pelbagai alasan adalah selayaknya mereka tidak patut berada dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat, jelas mereka tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT, hidup di dunia hanya untuk makan minum dan beranak pinak sahaja, belum habis bulan puasa mereka telah bersedia dengan bermacam-macam program raya… insaflah kita ..semoga ibadat puasa menjadi salah satu modal kita di hari perhitungan nanti..