Monday, May 10, 2010

IBU

Dilahirkan ke dunia untuk melahirkan hamba Allah S.W.T , mengasuh dan mendidik dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan Cuma sekelumit perhatian sehingga ke akhir hayat, itulah mereka yang bergelar ibu, kesakitan melahir hilang dengan tangisan si kecil merungkai sebuah senyuman bersambut azan dan iqamat... anak halal.. generasi modal insan terbilang.. ya syurga di bawah tapak kaki mereka...

Dunia menyambut Hari Ibu , mengenangkan jasa mereka yang takkan hilang sampai ke penghidupan di sana !!! tapi rumah orang tua banyak terdapat di negara kita, sebahagian dari mereka beragama Islam mungkin sudah tentu anak mereka bernamakan Islam ... salah siapa agaknya.. keadaan? .. didikan dari turun temurun ? .. keturunan yang berkembang hasil dari pendapatan yang tidak halal ? ... tanah atau tempat tinggal untuk beranak pinak adalah ” tanah mudah” ? ... semuanya adalah kerana meninggalkan ajaran al Quran dan Hadis .... jahil yang melahirkan kejahilan ..


Sekarang sudah ramai para ” ibu segera ” melahirkan anak dan menyerahkan kasih sayang kepada makhluk lain.. maka hancur leburlah kehidupan seorang hamba di dunia yang fana ini, pada tahun 80an rasanya akhbar dan mulut masyarakat tidak membicarakan masalah ini, kalau ada pun taklah seheboh dan sezalim sekarang, dunia semakin panas mungkin.. panas dengan dosa manusia.. berhati-hatilah wahai ibu yang halal janganlah si anak yang dilahirkan melahirkan anak yang tidak halal....jangan pula sibuk mencari makanan halal tapi anak yang dikendong tidak halal !!

Islam meletakkan para ibu dan wanita pada darjat yang tertinggi lantaran jasa, kasih sayang, kesabaran dan asal usul kejadian mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Maka sayangilah mereka selagi hayat dikandung badan, apabila mereka pergi mengadap tuhan Rabbuljalil kita akan berasa puas dan redha, kenangan hidup bersama mereka kekal abadi, doa dan amalan anak soleh bertabur di pusara untuk dikutip bersama senyuman berkah selamanya.

Rasulullah mengingatkan kepada kita supaya sentiasa berdoa kepada kedua ibubapa , tanpa doa kepadanya doa itu tertolak.

Menyambut Hari Ibu suatu amalan yang baik.. mengingatkan kita kepadanya samada masih hidup atau meninggal .. juga untuk generasi kita mengingatkan kita yang tinggal di alam barzakh..