Jahil dan kurangnya ilmu
Kita sebagai manusia yang diberikan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran, janganlah mudah melatah atau perasan bahawa kita sahaja yang berilmu, orang lain belajar tak habis atau tak faham. Perlu diingat bahawa seseorang itu perlu amanah dengan ilmu atau tawaduk dengan ilmu, apabila sesuatu perkara timbul dalam masyarakat, kita kena selidiki terlebih dahulu, betul ataupun tidak ! Dalam masalah ini sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w :
" من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
" وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة
Mereka yang menentang perkara ini telah mengambil perkataan kul dalam hadis di atas dengan makna terlalu umum tanpa pengecualian, iaitu sesat. Ini mengakibatkan telah menolak mentah-mentah apa yang telah dilakukan oleh ulama terdahulu bahkan kepada Saidina Umar r.a sendiri ! Kerana terlalu banyak perkara yang baru dalam urusan-urusan kehidupan kita sekarang ! Para sahabat, tabien dan mereka seterusnya ada melakukan perkara yang tidak ada pada zaman Rasulullah sendiri, dalam kaedah fiqh semua perkara yang tidak menyalahi syarak dibolehkan.
Dalil-dalil perkara baru yang telah dilakukan oleh sahabat ialah masalah pengumpulan dan pembukuan Al Quran, perkara ini telah berlaku pada zaman khalifah Abu Bakar Assidiq, yangmana saranan daripada Saidina Umar r.a supaya Al Quran dibukukan ini disebabkan ramainya para huffaz telah syahid di medan pertempuran. Sahabat yang bertanggungjawab mengumpul dan menulis Al Quran ialah Saidina Zaid bin Tsabit, beliau seraya berkata:
فوالله لو كلفوني نقل جبل من الجبال ما كان أثقل عليّ مما كلفني به من جمع القرآن
Dalam masalah lain Saidina Umar r.a telah memindah sedikit Maqam Ibrahim yangmana dahulunya berada ( melekat ) di kaabah. Ibnu Hajar mengatakan ianya tidak ditentang oleh para sahabat lain juga orang-orang selepasnya, maka ianya menjadi persepakatan ulamak (ijmak).
Masalah penambahan azan pada hari jumaat, ianya di lakukan oleh Saidina Otsman r.a ( rujuk: Sahih Al Bukhari).