Monday, November 16, 2009

KEDUDUKAN ILMU DAN ULAMAK

Kepentingan ilmu dan peranan ulamak adalah pasangan yang tidak dapat dipisahkan sampai hari qiamat, jelas bukan!

Terdapat banyak ayat-ayat al Quran dan al Hadis membicarakan tentang ilmu dan ulamak, kelebihan ilmu dan kedudukan ulamak di sisi Allah taala.

Perhatikan beberapa hadis berikut:



يقول صلى الله عليه وسلم

" من يرد الله به خيراً, يفقهه في الدين



ويقول

"... من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهل الله به طريقا الى الجنة"


وقال الحسن

" لولا العلماء لصار الناس مثل البهائم


.... dan banyak lagi hadis-hadis dan pandangan serta pendapat para ulamak, bahawa kedudukan orang berilmu tidak akan sama taraf dengan orang yang tidak berilmu ( cetek ilmu agama dan dunia ) buat selama-lamanya ! Kita sebagai khalifah di muka bumi ini sudah pasti memerlukan sebarang ilmu untuk sampai ke destinasi yang hakiki, ramai di kalangan kita masih tidak faham kehidupan di muka bumi ini, mungkin faham bagaimana cara untuk makan minum , beranak pinak dan sebagainya .

sedih sekali, ada di kalangan kita tidak tahu membaca kitab suci al Quran, membaca tulisan jawi jauh sekali, keinginan untuk mendalami ilmu agama tenggelam dengan kesibukan kerja dan kemewahan, masa dan kelapangan hanya ada pada jam dan kelendar di dinding saja.

Kepada kita semua, sepatutnya nasihat dan pandangan dari mereka yang bergelar ulamak perlu diambil perhatian janganlah terus kritik atau memandang dengan pandangan seribu erti. Lantaran kita bergelar 'Dr.' atau sebagainya, cuba kita lihat pada diri kita berapa ramaikah kita belajar atau bertemu mata dengan golongan ulamak ? saya teringat sebuah hadis dengan maksudnya sesiapa yang bersalam dengan orang yang pernah bersalam denganku maka sesungguhnya dia telah bersalam denganku ! semasa saya belajar di timur tengah saya lihat para ulamak sangat dihormati, bahkan Syeikh Dr. Na ina' telah dihadiahkan kereta Mercedez dan wang yang banyak setelah selesai majlis tilawah al Quran.

Ingatlah! tanpa mereka nescaya manusia bagaikan binatang sifatnya !
" لولا العلماء لصار الناس مثل البهائم"

Seorang syeikh pernah berkata: orang awam bagaikan lalat, ulamak bagaikan lebah ! fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Post a Comment